Friday, February 13, 2009

C510 dan W705

Ok. Memandangkan dah lama blog ni xdi up date jadi skang aku nk bercerita tentang produk terbaru dari sony ericsson. Baru² ni aku ade menghadiri satu seminar berkenaan dgn produk dari sony ericsson. Mereka memberi serba sedikit penerangan tentang produk terbaru keluaran mereka. Produk tersebut ialah se C510 cyber shot dan W705 walkman.


Sedikit tentang C510 cyber shot :-
Seperti yang anda semua maklum, setiap hp sony fungsinya tidak jauh beza antara satu sama lain namun bg C510 cyber shot ini terdapat sedikit kelebihan di mana ianya telah ditambah dengan beberapa fungsi terbaru iaitu -
a) accelerometer for auto screen rotation
b) motion gaming plus an M2 memory card slot
c) stereo Bluetooth
d) 3.2 megapixel auto focus camera with Face detection and Smile shutter

(Maaf saya tidak pandai untuk mengalih bahasa) tetapi suka untuk saya terangkan kepada anda berkenaan dengan fungsi keempat (d) terbaru hp ini di mana maksud bagi Face detection itu ialah kamera hp ini akan fokus ke arah muka kite secara automatik sekiranya anda bergambar. Manakala smile shutter pula adalah bermaksud kamera hp ini akan auto snap apabila anda memberi sebuah senyuman ketika gambar anda sedang diambil.



Hp ini telah disediakan dalam 2 warna yang menarik iaitu Future Black dan Radiation Silver.

(Gambar yang dipaparkan adalah didalam warna Radiation Silver)

Beralih pula kita ke model W705 walkman. Bagi hp ini, tiada bnyk perbezaan yang ketara kerana fungsinya sama dengan hp² slide yang lain. Fungsi terbaru bagi hp ini juga sama lebih kurang dengan C510 cyber shot dimana ada auto screen rotation, motion gaming dan kamera 3 megapixel. Akan tetapi bagi anda yang gemarkan hp dari kategori walkman ianya pasti menarik hati anda dengan sedikit kelebihan tambahan iaitu TrackID, SenseMe dan Shake control. Tidak ketinggalan juga, hp ini telah dilengkapi dengan penggunaan Wi-Fi (serta DLNA). Jadi boleh la anda mengisi masa terluang anda melayari internet menggunakan hp anda ketika menuggu makanan yang anda order sampai. hehehe....

Hp ini terdapat dalam 2 warna juga iaitu warna Galactic Black and Luxury Silver.



(Gambar yang dipaparkan adalah dalam warna Luxury Silver)

Jadi, sekiranya anda berminat anda boleh membuat tempahan atau mula kumpulkan wang demi untuk memiliki salah satu daripada hp ini.hahahaha...
Untuk keterangan lanjut mengenai produk ini anda boleh layari laman web SONY ERICSSON itu sendiri dan nikmatilah kelebihan yang terdapat dlam setiap handfon tersebut.

No comments: